𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐀𝐊𝐀𝐃𝐄𝐌𝐈𝐊 𝐔𝐍𝐈𝐕𝐄𝐑𝐒𝐈𝐓𝐈 𝐒𝐎𝐊𝐀 𝐉𝐄𝐏𝐔𝐍 𝐊𝐄 𝐏𝐄𝐑𝐁𝐀𝐃𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐌𝐏𝐎𝐍𝐆 𝐁𝐇𝐀𝐑𝐔
Aktiviti Terkini: Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) telah menerima lawatan daripada mahasiswa Faculty of International Liberal Arts, Universiti SOKA, Jepun. Lawatan ini diketuai oleh YBhg. Profesor Dr. Hanafi Hussin (A.M.N), Profesor Kehormat, Jabatan Pengajian Asia Tenggara, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya (UM).
Sesi taklimat berkaitan Pengurusan dan Perancangan Perbandaran Kampong Bharu ini telah disampaikan oleh YBrs. Dr. Khairul Nizam bin Othman, Pengarah (Perancangan dan Pembangunan dan Ekonomi).
Sesi taklimat ini adalah untuk memberikan pendedahan dan gambaran kepada mahasiswa berkenaan keadaan Kampong Bharu yang sedang membangun. Sesi ini juga merupakan satu medium pembelajaran khususnya buat mahasiswa yang menjadikan Kampong Bharu ini sebagai topik pemerhatian dan kajian.