Aktiviti Terkini: 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐀𝐒𝐏𝐈𝐑𝐀𝐒𝐈 YB 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐃𝐈 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐍𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 (𝐖𝐈𝐋𝐀𝐘𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐄𝐊𝐔𝐓𝐔𝐀𝐍) 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟓

Antara Amanat yang disampaikan oleh YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) pagi tadi kepada seluruh warga Jabatan Wilayah Persekutuan dan agensi-agensi mendukung inti pati yang jelas dan progresif. Dalam ucapan tersebut, beliau menggariskan tiga cabaran utama serta tiga landasan strategik sebagai pemacu pertumbuhan Wilayah Persekutuan.
Antara inti pati utama yang ditekankan adalah keperluan pembangunan semula bandar, khususnya Kuala Lumpur serta menegaskan komitmen kerajaan untuk menaik taraf Pasar Datuk Keramat dengan gerak kerja mesti bermula dalam suku pertama tahun ini.
Dalam majlis yang sama, beliau turut meluncurkan logo Bandar CHASE dan pelan hala tuju yang bakal menjadikan Wilayah Persekutuan sebuah bandar yang seimbang dan berdaya huni.
Turut hadir, YBhg. Dato’ Indera Noridah Abdul Rahim, Ketua Pengarah JWP, YBhg. Dato’ Seri Paduka TPr. (Dr.) Maimunah binti Mohd Sharif, Datuk Bandar Kuala Lumpur, YBhg. Dato’ TPr. Fadlun Mak Ujud, Presiden Perbadanan Putrajaya dan YBrs. Encik Mohd Sukuran bin Taib, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, YBhg. Datin Paduka Rahilah binti Rahmat, Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan dan YBrs. Dr Amir Raslan bin Abu Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu.