Kunjungan Hormat Pasukan Penyelidik Bagi Pelan Tindakan Warga Emas Wilayah Persekutuan Ke PKB
Aktiviti Terkini: 𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐏𝐀𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐋𝐈𝐃𝐈𝐊 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍 𝐓𝐈𝐍𝐃𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐄𝐌𝐀𝐒 𝐖𝐈𝐋𝐀𝐘𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐄𝐊𝐔𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐊𝐄 𝐏𝐄𝐑𝐁𝐀𝐃𝐀𝐃𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐌𝐏𝐎𝐍𝐆 𝐁𝐇𝐀𝐑𝐔
Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) telah menerima kunjungan hormat daripada Pasukan Penyelidik, Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia, Universiti Putra Malaysia (UPM) yang telah dilantik oleh Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) sebagai rakan strategik JWP dalam membangunkan Pelan Tindakan Warga Emas Wilayah Persekutuan 2025-2030.
Sesi ini telah disertai oleh Pasukan Penyelidik UPM seperti YBrs. Prof. Madya Dr. Mohd Roslan Rosnon, YBrs. Dr. Asnarulkhadi Abu Samah, YBrs. Dr. Mohd Zulhafiz Said, YBrs. Dr. Puvaneswaran Kunasekaran dan Encik Muhammad Afiq Abdul Razak dengan objektif utama kunjungan hormat ini adalah sebagai medium jalinan kerjasama bagi mengadakan sesi libat urus bersama warga emas di Kampong Bharu.