Program CSR Gotong-Royong Bersama Asian Trails Malaysia
Aktiviti Terkini: 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐂𝐒𝐑 𝐆𝐎𝐓𝐎𝐍𝐆-𝐑𝐎𝐘𝐎𝐍𝐆 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐀𝐒𝐈𝐀𝐍 𝐓𝐑𝐀𝐈𝐋𝐒 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀
Asian Trails Malaysia telah menjalankan program gotong-royong Corporate Social Responsibility (CSR) bersama komuniti kebun bandar KRPKB Kampong Bharu pada 20 Jun 2025. Program ini melibatkan permbersihan kebun bandar, penanaman pokok dan pembajaan. Seramai 25 sukarelawan dari Asian Trails Malaysia bersama komuniti KRPKB telah berganding bahu menjayakan program ini dan menyokong aktiviti kelestarian dan penghijauan bandar.