Jiankun, MRSB bangun semula Flat PKNS Kampung Bharu

Flat PKNS Jalan Tun Razak di Kampung Bharu - Foto kredit Chan Tak Kong

KUALA LUMPUR: Jiankun International Bhd (JKI) memeterai perjanjian usaha sama (JVA) 70:30 dengan Menara Rezeki Sdn Bhd (MRSB) untuk membangunkan semula Flat PKNS Jalan Tun Razak di Kampung Bharu di sini.

Dalam kenyataan hari ini, JKI berkata, kedua-dua pihak akan menggunakan sebuah syarikat dikenali sebagai Menara Rezeki Properties Sdn Bhd (MRPSB) sebagai syarikat JV untuk projek itu.

“Perjanjian itu menjana semula projek pembangunan semula yang telah ditamatkan sebelum ini, mencerminkan prospek pasaran hartanah yang bertambah baik berikutan pembukaan semula ekonomi,” menurut JKI.

Merujuk makluman JKI kepada Bursa Malaysia hari ini, pemaju hartanah itu berkata pihaknya dan MRSB telah menandatangani perjanjian penjualan saham secara serentak untuk pembelian 70 peratus kepentingan dalam MRPSB dengan nilai RM700,000.

“Matlamat dan perniagaan syarikat JV adalah untuk melaksanakan semua aspek pembangunan projek itu,” katanya.

Menurut JKI, di bawah cadangan pelan pembangunan semula, akan terdapat menara pangsapuri 52 tingkat dibina untuk pemilik sedia ada Flat PKNS Jalan Tun Razak.

Menara 1, 2 dan 3 adalah pembangunan bercampur dengan unit kediaman dan runcit.

“Projek ini termasuk menempatkan semula penduduk sedia ada ke unit pangsapuri baharu yang akan dibina oleh MRPSB dan pampasan komprehensif akan ditawarkan kepada semua penduduk sedia ada,” katanya.

Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif JKI, Edwin Silvester Das, berkata lokasi strategik tapak seluas 1.49 hektar di Jalan Tun Razak, Kampung Bharu akan menjadi lokasi utama untuk pembangunan semula.

“Kesalinghubungannya yang amat baik, infrastruktur sedia ada, pengangkutan awam dan berdekatan dengan daerah pusat perniagaan Kuala Lumpur akan menarik pelaburan dan meningkatkan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang akan memberi manfaat kepada masyarakat setempat,” katanya.

Beliau berkata, projek pembangunan semula itu adalah pencapaian baharu berikutan ia akan menjadi projek pembangunan hartanah terbesar kumpulan yang dijalankan.

“Kami menantikan pembangunan semula projek ini berikutan ia akan membantu memberi nafas baharu kepada kawasan Kampung Bharu.

“Ini berikutan pembangunan semula itu akan menggalakkan pelaburan, menambah baik infrastruktur tempatan dan memberikan kesan berganda tambahan yang memberi manfaat kepada masyarakat setempat,” katanya.

Sumber:

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Seri Annuar Musa

Menurut Annuar lagi, PKB perlu menghantar penilaian yang dibuat kepadanya pada 30 Jun ini sebelum dimaklumkan kepada jemaah menteri untuk tindakan selanjutnya.

Ujarnya, sekiranya ada perkara yang tidak dapat diputus untuk diteruskan ia akan dibawa berunding dengan penduduk Kampung Baru bagi mendapatkan penyelesaian alternatif.

“Saya sedang buat tinjauan tentang beberapa alternatif, yang pasti kita mahu Kampung Baru tetap maju dan keutamaan saya ia dimajukan dengan pemilikan kekal berada di tangan orang Melayu.

“Jadi usaha iktiar majukan kampung baru akan diteruskan, kaedah perlu dimuktamadkan,” tambahnya.

Sumber: MalaysiaGazette