STATUS PROJEK PEMBANGUNAN SEMULA SUNGAI BARU, KAMPONG BHARU KUALA LUMPUR

15 Jun 2022 | Kenyataan Media

KUALA LUMPUR, 15 Jun 2022 – Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) merujuk kenyataan Ahli Parlimen Shah Alam YB Khalid Abd Samad di media portal Malaysia Gazette bertarikh 12 Jun 2022 berhubung status projek pembangunan semula Sungai Baru Kampong Bharu Kuala Lumpur.

  1. Projek Pembangunan Semula Sungai Baru, Kuala Lumpur ini telah bermula pada tahun 2016 dan ianya adalah inisiatif kerjasama swasta di antara 328 pemilik hartanah (64 pemilik lot teres dan 264 pemilik unit flat PKNS Sungai Baru) dengan Pemaju iaitu syarikat Ritzy Gloss Sdn. Bhd (Pemaju).
  1. Melalui sesi libat urus yang dilaksanakan oleh Pemaju, sejumlah 219 pemilik iaitu

66.77 peratus (27 pemilik lot teres dan 192 pemilik unit flat) telah bersetuju dengan program pembangunan secara usahasama bersama Pemaju. Manakala perolehan tanah bagi baki 33.23 peratus pemilik yang tidak bersetuju (37 pemilik lot teres dan 72 pemilik unit flat) telah dilaksanakan menggunakan Akta Pengambilan Tanah (APT) 1960 .

  1. Walaubagaimanapun, dengan sesi libat urus berterusan yang dilaksanakan oleh Pemaju seperti sesi-sesi pembentang dan penerangan, dialog, rundingan, mesyuarat bersama pemilik lot teres dan unit flat, pelaksanaan unit bergerak, khidmat nasihat guaman dan pembukaan pejabat kecil di tapak, sehingga ke hari ini, sejumlah 291 lot dan unit flat (27 lot teres dan 264 unit flat) yang mewakili

88.72 peratus telahpun bersetuju dengan projek pembangunan semula ini. Dalam masa yang sama, pemaju juga terus berusaha untuk berjumpa dan mengadakan sesi libat urus bersama pemilik 37 lot rumah teres yang tidak bersetuju, namun tidak mendapat kerjasama.

 

  1. Pengambilan tanah bagi projek pembangunan semula Sungai Baru telah diwartakan di bawah Seksyen 8 Akta Pengambilan Tanah 1960 (APT 1960) pada 21 Jun 2021. Pengambilan tanah ini membabitkan 37 lot teres, 72 unit flat dan 1 lot pencawang elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB).
  1. Setakat Mac 2022, proses pengambilan 72 unit flat telahpun selesai Isu yang masih berbangkit kini hanyalah yang melibatkan pengambilan 37 lot teres.
  1. Kawasan Sungai Baru terletak dalam Kawasan Pembangunan Kampong Bharu yang diisytihar berdasarkan Warta Kerajaan Persekutuan P.U. (A) 21 bertarikh 10 Februari 2015. Keluasan kawasan Sungai Baru adalah 12.93 ekar daripada

300.73 ekar keseluruhan kawasan operasi Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB).

  1. Pembangunan ini walaubagaimanapun berada di luar Kawasan Petempatan Pertanian Melayu (Malay Agricultural Settlement – M.A.S) dan tidak mempunyai sebarang sekatan pemilikan oleh orang Melayu. Pegangan tanah di kawasan Sungai Baru adalah secara pajakan bertempoh 99 tahun. Manakala tanah M.A.S di Kampong Bharu mempunyai syarat sekatan tanah yang hanya boleh dimiliki oleh orang Melayu
  1. Pembangunan semula ini selari dengan Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020 (PSKL 2020) yang diwartakan, Pelan Induk Pembangunan Semula Kampong Bharu 2040 (PIPKB 2040) dan Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Kampong Bharu (PPPSKB). Ia juga adalah selari dengan Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Kuala Lumpur yang dikeluarkan oleh Kementerian yang bertujuan untuk mengenalpasti dan membangunkan kawasan-kawasan yang telah usang dan tidak selamat serta berpotensi untuk dibangunkan semula bagi menyediakan

penempatan yang kondusif secara mampan dan memberi nilai tambah dalam aspek ekonomi.

  1. Berdasarkan APT 1960, tiada sebarang peratusan persetujuan pemilik tanah disyaratkan sebelum sebarang pengambilan balik tanah dilaksanakan. Namun dalam program pembangunan semula di Kampong Bharu, pihak Kementerian telah menetapkan bahawa pembangunan semula hanya boleh dipertimbangkan sekiranya pihak pemaju berjaya memperolehi sekurang-kurangnya nilai ambang (treshhold) 50 peratus persetujuan pemilik hartanah bagi menjaga kepentingan dan kesejahteraan warga terlibat.
  1. Program pembangunan semula secara hibrid melalui perjanjian usaha sama pemilik dengan pemaju serta pengambilan semula tanah adalah alternatif kaedah pembangunan bagi merealisasikan pembangunan semula dengan mengambilkira kepentingan pemilik yang majoritinya telah bersetuju.
  1. Oleh yang demikian, program pembangunan semula yang dilaksanakan di Sungai Baru sebenarnya telah pun mematuhi semua tatacara dan prosedur seperti yang telah ditetapkan di bawah APT 1960 seperti berikut:
  1. Pertamanya, permohonan pengambilan tanah ini telah dibawa untuk pertimbangan dan penelitian Jawatankuasa Khas Pengambilan Tanah Wilayah Persekutuan (JKPT WP), Jabatan Perdana Menteri selaras dengan Seksyen 3A (1) APT 1960 bagi memastikan pemaju ini berkeupayaan melaksanakan pembangunan dan daya maju Dengan keupayaan tersebut, melayakkan pemaju untuk melaksanakan proses perolehan tanah melalui kaedah pengambilan tanah.

ii)                  Kelulusan permohonan pengambilan tanah ini telah diluluskan oleh Jawatankuasa Kerja Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKT WPKL) yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN) di bawah subseksyen 3(1)(c) APT 1960.

  • Pewartaan di bawah Seksyen 4 APT 1960 telah dibuat melalui Warta Kerajaan Persekutuan 9400 bertarikh 18 Jun 2021, manakala pewartaan di bawah Seksyen 8 Akta yang sama telah dibuat melalui Warta Kerajaan Persekutuan No. 9412 bertarikh 21 Jun 2021.

 

  1. Perenggan 3(1)(c) APT 1960 memperuntukkan Pihak Berkuasa Negeri boleh mengambil mana-mana tanah yang diperlukan bagi maksud perlombongan atau untuk kediaman, pertanian, perdagangan, perindustrian, rekreasi atau mana-mana kombinasi maksud
  1. Dalam menggunapakai kaedah pengambilan tanah, prinsip keadilan dan hak kepada harta yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan hendaklah dipatuhi. Perkara 13(1) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa tiada seorang pun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang-undang. Perkara 13(2) Perlembagaan Persekutuan pula memperuntukkan bahawa tiada undang- undang boleh memperuntukkan pengambilan atau penggunaan harta dengan paksa tanpa pampasan yang

13. Berdasarkan kepada perenggan 7 dan 8, pengambilan tanah ini sewajarnya diteruskan kerana telah memenuhi syarat perundangan di bawah APT 1960. Sekiranya proses pengambilan tanah ini dibatalkan, Pemaju akan menanggung jumlah kerugian yang besar iaitu:

 

  1. RM50 juta iaitu bayaran deposit pengambilan tanah kepada pihak JKPTG;

 

ii)                  RM30 juta untuk kos penyediaan rumah transit dan rumah sewa kepada penduduk bersetuju sehingga rumah ganti siap dibina oleh Pemaju (rumah transit yang disediakan di Residensi Kerinchi adalah berkeluasan 900 kaki persegi berbanding dengan rumah flat sedia ada pemilik yang hanya berkeluasan 441 hingga 602 kaki persegi); dan

  • Pemaju juga terpaksa menanggung kos pemindahan semula penduduk bersetuju pulang ke rumah asal serta kos pembaikan rumah yang telah ditinggalkan selama 6 tahun.

 

14. Dalam hal ini, Kerajaan perlu bersedia untuk menanggung semua kos kerugian pemilik yang bersetuju dan Pemaju seperti yang dinyatakan di atas sekiranya Kerajaan enggan meneruskan proses pengambilan tanah berdasarkan APT 1960.

  1. Sementara itu, peranan PKB pula adalah untuk bertindak sebagai fasilitator bagi kedua-dua pihak pemaju dan pemilik untuk membantu melancarkan pelaksanaan pembangunan semula ini selaras fungsinya yang diperuntukkan di bawah Seksyen 14 Akta Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu 2011. Ini memandangkan projek ini bakal memberi nilai tambah dan nilai-nilai positif baharu kepada Kampong Bharu sekiranya ianya berjaya dilaksanakan.
  1. Pengosongan premis adalah berdasarkan kepada penduduk yang telah pun menerima Borang K (Notis Bahawa Milikan Tanah / Peletakhakan Petak Telah Diambil) APT 1960 dan telah menerima bayaran penuh pampasan bermula dari bulan Mac 2022 hingga Jun 2022. Dalam erti kata lain harta tersebut bukan lagi milik
  1. Tempoh pengosongan premis diberikan sehingga 31 Julai 2022 adalah untuk memberi kemudahan kepada pemilik untuk berpindah. Dalam hal ini, peletakan hak premis yang diambil milik diletakkan di bawah PKB yang bertindak sebagai pihak berkuasa berkanun bertujuan untuk memastikan hak pemilik terpelihara dan mengekang pemaju dari membuat sebarang tindakan yang akan menjejaskan pelaksanaan pembangunan dan memastikan pembangunan siap
  1. Dalam menjalankan peranannya untuk membantu dan menjadi pemudah cara kepada semua pihak berkepentingan bukan sahaja kepada pemaju, tetapi kepada pemilik dan pihak-pihak berkepentingan yang lain agar pembangunan semula ini berjalan dengan lancar, pihak PKB juga telah mengambil inisiatif untuk mengadakan beberapa sesi perbincangan dan libat urus bersama pemaju dan

pemilik 37 lot teres yang tidak bersetuju. Hasilnya pemaju telah beberapa kali menambahbaik tawaran kepada pemilik 37 lot teres yang tidak bersetuju tersebut namun telah ditolak.

  1. Pada sesi libat urus pada 7 Jun 2022 PKB telah membentangkan persetujuan pemaju yang telah menawarkan tawaran semula usahasama yang menyamai tawaran yang dibuat kepada penduduk yang bersetuju awal untuk mengadakan perjanjian usahasama bersama Tawaran ini merangkumi insentif persetujuan perjanjian usahasama, bayaran pengosongan rumah sedia ada, bayaran pemindahan ke unit gantian, unit gantian (in-kind) serta lebihan bayaran unit gantian secara tunai, bayaran penyewaan rumah transit dan bayaran ubahsuai rumah sedia ada yang akan ditentukan oleh pihak profesional.
  1. Setiap lot teres dianggarkan memperolehi bayaran di antara RM2.7 juta hingga 4 juta bergantung kepada keluasan tanah dan bangunan lot teres sekarang. Ini adalah tawaran yang maksimum dan terbaik oleh pemaju kepada pemilik 37 lot teres yang terlibat dengan pengambilan tanah.
  1. Tawaran usahasama pemaju telah dikemukakan semula kepada pemilik yang tidak bersetuju dan pemilik menolak tawaran usaha sama Pemilik telah memohon perkara berikut:
  1. Pewartaan Seksyen 8, APT 1960 berdasarkan Warta Kerajaan Persekutuan 9412 bertarikh 21 Jun 2022 berkenaan pengambilan tanah projek Pembangunan Semula Kawasan Sungai Baru, Kuala Lumpur dibatalkan dan dibincangkan semula; dan
  1. Tawaran usahasama yang lebih tinggi diberikan sekarang dengan bayaran dibuat secara tunai.
  1. Proses pembangunan semula Sungai Baru telah dilaksanakan mengikut peruntukan perundangan sedia dan tiada isu penindasan atau ketidakadilan kepada Dalam hal ini juga, perhatian perlu diberikan kepada kepentingan dan kebaikan pemilik yang telah bersetuju dengan pembangunan

tersebut yang mana pemilik-pemilik ini telah dipindahkan di penempatan sementara di luar Kampong Baru selama hampir lima tahun.

  1. Tindakan pihak-pihak yang tiada kepentingan dan pengetahuan berkenaan pembangunan ini sebaliknya telah menyebabkan kekeliruan dan isu yang tidak munasabah demi kepentingan diri pihak Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, YB Khalid bin Abdul Samad telah mengambil kesempatan untuk menularkan satu fakta yang tidak tepat bersifat remeh dan menyusahkan semua pihak khususnya majoriti pemilik yang telah bersetuju dengan pembangunan semula ini.

 

  1. Berkenaan dengan status Pengerusi PKB seperti dibangkitkan, hal tersebut tidak ada kena mengena dengan isu semasa program pembangunan semula Sungai Baru, namun semakan akan dibuat sewajarnya oleh pihak pengurusan Kementerian Wilayah

###

Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) 15 Jun 2022