STATUS ISU PAMPASAN PROJEK PEMBANGUNAN SEMULA SUNGAI BARU, KAMPONG BHARU KUALA LUMPUR

8 Disember 2021 | Kenyataan Media

KUALA LUMPUR, Rabu, 8 Disember 2021 – Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) telah merujuk beberapa kenyataan media dan pandangan netizen dari 4hb hingga 7hb Disember 2021 berkenaan isu pampasan yang diterima oleh pemilik tanah / flat PKNS Sungai Baru, Kampong Bharu Kuala Lumpur.

  1. Cadangan pembangunan semula kawasan Sungai Baru, Kampong Bharu merupakan inisiatif kerjasama swasta di antara pemilik tanah / flat PKNS Sungai Baru dengan pemaju iaitu Ritzy Gloss Sdn. Bhd. Pemaju ini merupakan anak syarikat Suez Capital Sdn. Bhd. dan juga adalah pemaju pertama yang berjaya melaksanakan pembangunan semula Rumah Pangsa 4 Tingkat Kampung Kerinchi, Kuala Lumpur sekitar tahun
  1. PKB bertindak sebagai fasilitator bagi membantu melancarkan pelaksanaan pembangunan semula ini selaras fungsinya yang dinyatakan dalam Akta Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (Akta 733). Sehubungan dengan itu, PKB telah mengkaji keupayaan pemaju dan model perniagaan terutamanya dari aspek tawaran pulangan

usahasama kepada pemilik. Berdasarkan tawaran usahasama tersebut, PKB mendapati pemilik akan menikmati taraf hidup yang lebih baik, selesa, moden, teratur dan sekaligus membolehkan hartanah tersebut berpotensi untuk memperolehi pulangan yang tinggi pada masa akan datang.

  1. Pihak pemaju telah dipelawa oleh Persatuan Pemilik Hartanah Kampung Sungai Baru (PPHKSB) pada tahun 2016 untuk mengemukakan cadangan pembangunan di kawasan Sungai Sejumlah 328 unit (64 lot teres dan 264 unit flat) terlibat dengan projek pembangunan semula ini. Projek ini berada di luar kawasan Petempatan Pertanian Melayu (Malay Agricultural Settlement – M.A.S) yang sinonim dengan Kampong Bharu. Pembangunan kawasan ini pada asalnya telah dimajukan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan pegangan tanah di kawasan Sungai Baru adalah pajakan 99 tahun.
  1. Pemaju telah mengadakan beberapa program penerangan dan rundingan dengan pemilik tanah sejak tahun 2016. Antara usaha-usaha yang telah dilaksanakan adalah sesi pembentangan / penerangan, sesi dialog, sesi rundingan / libat urus / mesyuarat, unit bergerak, khidmat nasihat guaman dan pembukaan pejabat kecil di
  1. Pemaju juga telah mengadakan Sesi Libat Urus Bersama Pemilik Tanah / Flat PKNS Sungai Baru yang terakhir pada 5 -7 Oktober 2020. Tujuan program ini diadakan untuk memberi penerangan dan penjelasan berkenaan pembangunan semula merangkumi cadangan pelan konsep pembangunan, tawaran kepada pemilik dan mendapatkan persetujuan pembangunan semula dari
  1. Pemaju telah menawarkan cadangan pembangunan secara usahasama kepada pemilik-pemilik lot / unit flat yang terlibat. Setiap pemilik akan mendapat unit gantian hartanah (in-kind) berdasarkan jenis dan kategori tanah milik mereka. Untuk unit gantian ini, pemaju telah bersetuju untuk menawarkan rumah berkeluasan 90.02 meter persegi (969 kaki persegi) dan 48 meter persegi (1,200 kaki persegi) dengan kemudahan fasiliti kondominium beserta petak aksesori (tempat letak kereta). Harga unit gantian yang ditawarkan oleh pemaju adalah dianggarkan RM823 ribu bagi rumah berkeluasan 90.02 meter persegi (969 kaki persegi) dan RM1.02 juta bagi rumah berkeluasan 111.48 meter persegi (1,200 kaki persegi).
  1. Selain itu, pemaju juga menawarkan bayaran persetujuan menandatangani perjanjian usahasama, kos pemindahan keluar rumah, kos pemindahan masuk semula ke unit gantian hartanah, ex-gratia ubahsuai rumah sediada, bayaran penyewaan rumah sementara atau penyediaan rumah transit sehingga unit gantian hartanah diserahkan. Bagi pemilik rumah teres bayaran lebihan tunai harga unit gantian juga
  1. Pemaju juga turut membantu pemilik-pemilik berkenaan bagi menyelesaikan isu harta pusaka serta penyempurnaan pindahmilik hakmilik
  1. Berdasarkan semua aspek tawaran ini, pemilik yang pada masa kini mempunyai rumah Flat PKNS Sungai Baru bersaiz 41 meter persegi (441 kaki persegi) akan memperolehi anggaran tawaran usahasama bernilai RM880 ribu dengan unit gantian berkeluasan 90.02 meter persegi (969 kaki persegi). Manakala bagi rumah flat sediada yang bersaiz 53 meter persegi (571 kaki persegi) hingga 56 meter persegi (603 kaki persegi) pula akan memperolehi anggaran tawaran usahasama bernilai 09 juta

dengan unit gantian berkeluasan 111.48 meter persegi (1,200 kaki persegi). Bagi pemilik rumah teres pula, purata pemilik akan memperolehi

3 unit gantian hartanah yang jumlah anggaran tawaran usahasama bernilai RM2.7 juta dan bayaran lebihan tunai harga unit gantian.

  1. Berdasarkan tawaran ini, sejumlah 219 lot / unit flat (27 lot dan 192 unit flat) atau 77% telah menandatangani perjanjian usahasama. Manakala perolehan tanah bagi baki 109 lot / unit flat (37 lot dan 72 unit flat) atau 33.23% telah dibuat dengan menggunakan Akta Pengambilan Tanah, 1960.
  1. Kaedah perolehan tanah pembangunan semula ini dilakukan secara hibrid yang melibatkan perjanjian usahasama pemilik dengan pemaju dan pengambilan Ianya adalah alternatif kaedah pembangunan bagi merealisasikan pembangunan semula agar kepentingan pemilik yang majoritinya telah bersetuju diambilkira.
  1. Pewartaan Seksyen 4, Akta Pengambilan Tanah, 1960 bagi projek ini telah dikeluarkan melalui Warta Kerajaan Persekutuan 9400 bertarikh 18 Jun 2021, manakala pewartaan berdasarkan Seksyen 8, akta yang sama telah dibuat pada Warta Kerajaan Persekutuan No. 9412 bertarikh 21 Jun 2021.
  1. Proses siasatan Pengambilan Tanah (Land enquiry) bagi menentukan jumlah pampasan untuk hartanah unit flat PKNS Sungai Baru telah diadakan pada pertengahan November 2021 yang lalu oleh Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKPTG WPKL). Siasatan Pengambilan Tanah (Land enquiry) bagi hartanah lot teres pula dijangkakan akan diadakan pada penghujung bulan Disember 2021 ini.
  1. Penentuan jumlah pampasan oleh pihak JKPTG WPKL adalah berdasarkan Jadual Pertama, Akta Pengambilan Tanah, 1960 yang merupakan prinsip untuk menentukan jumlah pampasan kepada orang berkepentingan yang terlibat dengan pengambilan tanah bagi memenuhi kehendak Perkara 13, Perlembagaan Nilai pampasan yang akan diputuskan berpandukan Laporan Penilaian daripada Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH), Kementerian Kewangan yang membantu Pentadbir Tanah dalam membuat keputusan semasa siasatan Pengambilan Tanah (Land enquiry).
  1. Berkenaan kenyataan yang menyatakan pemilik perlu mengosongkan rumah dalam tempoh 42 hari (6 minggu) adalah tidak Tempoh 42 hari adalah tempoh untuk pemilik yang terlibat dengan pengambilan tanah untuk mengemukakan bantahan dari tarikh siasatan Pengambilan Tanah (Land enquiry) ditentukan.
KESIMPULAN
  1. Pemilik telah melalui proses rundingan bersama pemaju sejak tahun 2016 (pemilik pertama menandatangani perjanjian usahasama adalah pada 8 Ogos 2016) untuk meneliti dan menimbang tawaran pembangunan semula secara usahasama oleh Tempoh masa ini amat mencukupi untuk pemilik membuat keputusan.
  1. Kaedah pengambilan tanah adalah satu proses yang melibatkan Proses siasatan Pengambilan Tanah (Land enquiry) kedua bagi tujuan untuk memuktamadkan jumlah pampasan (award) bagi lot-lot teres masih belum dilaksanakan oleh JKPTG WPKL. Berdasarkan prinsip penentuan pampasan, jumlah pampasan yang mencukupi berdasarkan nilai pasaran perlu dibayar kepada pihak yang

berkepentingan.

  1. Sekiranya pemilik merasakan jumlah pampasan yang ditawarkan adalah tidak setimpal, pemilik masih boleh mengemukakan bantahan melalui Borang N, di bawah Seksyen 37, Akta Pengambilan Tanah
  1. Tempoh masa 42 hari (6 minggu) bukanlah tempoh untuk pemilik keluar dari rumah, tetapi tempoh untuk pemilik mengemukakan bantahan terhadap jumlah
  1. Pemaju juga sedang dalam proses rundingan bersama pemilik unit flat PKNS Sungai Baru bagi mencari jalan penyelesaian berhubung isu pampasan untuk memastikan proses pembangunan semula ini berjalan dengan adil dan
  1. Dalam masa yang sama, Menteri Wilayah Persekutuan turut mengadakan sesi libat urus bersama pemilik tanah / flat PKNS Sungai Baru dan pemaju bagi menyelesaikan isu pampasan. Pemilik tanah / flat PKNS Sungai Baru bersetuju dengan usaha-usaha pembangunan semula kawasan Sungai Baru dan mengharapkan pemaju untuk membantu mereka mendapatkan nilai pampasan yang sewajarnya.

#####

Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB)

8 Disember 2021