PENCAHAYAAN PINTASAN SALOMA BERTEMA FILEM GHOSTBUSTERS : AFTERLIFE

2 Disember 2021 | Kenyataan Media

KUALA LUMPUR, Khamis, 2 Disember 2021 – Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) telah menetapkan tema pencahayaan Pintasan Saloma bertemakan filem Ghostbusters : Afterlife sempena tayangan pembukaan di seluruh pawagam Malaysia bermula 2hb Disember 2021. Buat pertama kalinya, Pintasan Saloma menjadi lokasi promosi filem Box Office. Promosi pencahayaan filem Ghostbusters : Afterlife di Pintasan Saloma akan dilaksanakan pada 3hb hingga 5hb Disember 2021 bermula jam 7.00 malam sehingga 12.00 tengah malam.

Fast Track Events Sdn. Bhd. (Malaysia) selaku syarikat yang dilantik oleh Sony Pictures telah bekerjasama dengan PKB untuk menjadikan Pintasan Saloma lokasi “landmark” bagi tujuan promosi filem Box Office berkenaan. PKB telah menyambut baik kolaborasi Fast Track Events Sdn. Bhd. (Malaysia) dalam menjayakan promosi filem Ghostbusters : Afterlife di Pintasan Saloma.

Pihak PKB mengucapkan jutaan terima kasih kepada Fast Track Events Sdn. Bhd. (Malaysia) dan Sony Pictures atas inisiatif melaksanakan promosi filem Box Office Ghostbusters: Afterlife di Pintasan Saloma. Kini, Pintasan Saloma bukan lagi menjadi “Ikonik Pelancongan Baru” dan lokasi “landmark” pencahayaan kempen hari di Malaysia dan sedunia, malahan menjadi medium tempat mempromosikan filem-filem Box Office di Malaysia dan di luar negara.

Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB)

2 Disember 2021