Aktiviti Terkini:YB Dato’ Seri Dr. Shahidan Bin Kassim, Menteri Wilayah telah melancarkan Pelan Induk Pembangunan Kampong Bharu 2040 (PIPKB 2040) dan Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Kampong Bharu (PPPSKB).

Pelan Induk Pembangunan Kampong Bharu 2040 (PIPKB 2040) dan Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Kampong Bharu (PPPSKB) ini merupakan kerangka halatuju baru perancangan dan pembangunan Kampong Bharu untuk tempoh 20 tahun akan datang.
PIPKB 2040 memastikan pembangunan Kampong Bharu setanding dengan pembangunan sekitarnya yang terletak di dalam Kawasan Pusat Perdagangan Bandar Raya Kuala Lumpur.
Pelan ini akan menjadi mekanisme kepada kerajaan dan PKB khususnya dalam memudahcara, mengawalselia dan menilai semua cadangan pembangunan sama ada secara usaha sama penduduk dan pemaju, syarikat berkaitan Kerajaan (GLCs) dan pihak Kerajaan.

#KampongBharu
#WilayahPrihatin