KENYATAAN MEDIA STATUS BERBASIKAN DI PINTASAN SALOMA – MAKLUMBALAS AKHBAR MSTAR

22 Mac 2021 | Kenyataan Media

Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) telah merujuk satu kenyataan akhbar dari MStar bertarikh 22 Mac 2021 berhubung isu viral berbasikal di Pintasan Saloma di media sosial.

Pintasan Saloma atau Saloma Link merupakan laluan pejalan kaki bertingkat ikonik sepanjang 370 meter dari Kampong Bharu ke KLCC dengan mengetengahkan rekabentuk unik sirih junjung. Menunggang berbasikal di Pintasan Saloma adalah tidak dibenarkan kepada pengunjung. Namun begitu, penunggang basikal hanya dibenarkan menuntun (tidak menunggang) semasa melalui Pintasan Saloma bagi memastikan keselamatan pengunjung dan seterusnya tidak merosakkan struktur sekitar Pintasan Saloma.

Harapan PKB menjadikan Pintasan Saloma sebagai “Ikonik Pelancongan Baru” yang menjadi daya tarikan pelancong bukan sahaja di Malaysia, tetapi di peringkat dunia. Oleh yang demikian PKB mohon kerjasama semua pengguna basikal yang melalui Pintasan Saloma agar bersama-sama mematuhi peraturan yang telah ditetapkan dan bersama- sama menjaga ikonik pelancongan baru di Kuala Lumpur.

#####

Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB)

22 Mac 2021