Aktiviti Terkini:

Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) telah mengadakan Sesi Taklimat dan Penerangan Pelan Induk Pembangunan Kampong Bharu 2040 (PIPKB 2040) kepada pemilik tanah. Sesi taklimat hari ini melibatkan pemilik dari blok A30, A31, A32 dan A19 dan merupakan penduduk Kampung Paya dan sebahagian penduduk Kampung Masjid. Ia merupakan sesi penerangan yang terakhir bagi keseluruhan BP pada tahun 2022.
Program taklimat dan sesi penerangan ini juga telah membantu pemilik dan pewaris dalam penyelesaian harta pusaka, isu pemilikan dan sebagainya.
Hasil daripada beberapa sesi taklimat dan penerangan sepanjang tahun ini, telah mendapat sambutan dan kerjasama yang efektif dari segi cadangan, pandangan serta perkongsian maklumat daripada pemilik dan pewaris tanah.
Turut hadir bagi sesi taklimat dan penerangan berkenaan, YBhg. Datuk TPr Haji Lokman Haji Omar, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu.