Aktiviti Terkini:Simulasi Bencana MKN No. 20 Siri 1/2022 Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya telah diadakan pada hari ini 10 Disember 2022 (Sabtu) di Kampung Periuk, Kelab Sultan Sulaiman dan SMK Puteri Wilayah.

Objektif simulasi bencana ini adalah untuk menilai keberkesanan dan kesiapsiagaan sesuatu pasukan atau agensi dalam menghadapi sesuatu kejadian bencana alam. Pasukan ini perlu dilengkapkan dengan ilmu pengetahuan dan latihan yang mencukupi supaya dapat bertindak dengan sebaik mungkin semasa menghadapi kejadian bencana.
Terima kasih KWP, PDRM, DBKL, NADMA, MKN, METMalaysia, TNB, JPS, Jabatan Pendidikan Negeri WPKL, Jabatan Kesihatan WPKL & Putrajaya, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Penerangan WPKL, BOMBA, RELA, ATM, TELEKOM dan semua agensi dan pihak yang terlibat dalam menjayakan simulasi bencana pada hari ini bagi tujuan kesiapsiagaan agensi penyelamat dan agensi menghadapi bencana.