MAJLIS PERASMIAN FORUM 2023 : PEMBANGUNAN SEMULA KAMPONG BHARU

22 Mei 2023 | Kenyataan Media

KUALA LUMPUR, 22 Mei 2023 (Isnin) – YBhg. Datuk Seri Hajah Rosida Binti Jaafar, Ketua Pengarah, Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP), Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada hari ini hadir dan merasmikan Forum 2023: Pembangunan Semula Kampong Bharu di Tamu Hotel & Suites, Kampong Bharu Kuala Lumpur.
Objektif utama forum ini diadakan untuk mendapatkan idea, pandangan dan saranan positif yang boleh digunakan dalam usaha-usaha penglibatan semua pihak samada pemilik tanah ataupun pemaju dan pelabur dalam membangunkan semula Kampong Bharu. Seterusnya, melalui forum ini juga pemilik tanah, pewaris dan pemaju diberi pendedahan berhubung kepentingan pembangunan semula.

Dalam masa yang sama, penganjuran forum ini juga, PKB dapat mengenalpasti cabaran-cabaran dan persaingan yang wujud dalam pembangunan semula Kampong Bharu, yang mana ianya boleh dijadikan sebagai faktor positif dan tambah baik kepada mekanisme dan kaedah pembangunan semula di Kampong Bharu. Penglibatan forum ini melibatkan pelbagai latar belakang ahli panel, termasuk jemputan peserta seramai 320 orang terdiri daripada agensi Kerajaan, persatuan penduduk, badan profesional, ahli akdemik, pemaju, pemilik tanah, pewaris dan pihak berkepentingan.

Hasil daripada penganjuran forum ini, segala pandangan dan perkongsian pengalaman akan dijadikan sebagai nilai tambah bagi melancarkan pembangunan semula bagi tempoh 20 tahun akan datang. Harapan PKB, agar program forum yang dijalankan dalam skala mikro ini menerima maklum balas yang positif daripada penduduk Kampong Bharu dan dijadikan kepada PKB untuk terus mengorak langkah yang lebih baik ke arah pembangunan semula Kampong Bharu yang lebih berkualiti dan mampan serta menjadi contoh terbaik dalam pembangunan semula di Malaysia.

###

Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB)
22 Mei 2023