Selepas 3 tahun, pemilik tanah Kg Bharu berkumpul lagi bincang masa depan

Selepas 3 tahun, pemilik tanah Kg Bharu berkumpul lagi bincang masa depan

Selepas tiga tahun berlalu, pemilik tanah di Kampung Bharu, Kuala Lumpur bertemu lagi sesama mereka bagi membincangkan nasib mereka.

Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Hajah Rosida binti Jaafar, menyempurnakan perasmian forum pagi ini yang mengumpulkan seramai 300 peserta melibatkan penyertaan bersama pemilik tanah, pewaris dan pihak berkepentingan dalam perancangan dan pembangunan semula Kampong Bharu.

Peserta-peserta akan berkampung seharian dalam forum yang diadakan di sebuah hotel di Kampung Bharu ini bagi mendapatkan idea, pandangan dan saranan positif yang boleh digunakan dalam usaha-usaha pembangunan semula Kampung Bharu.

Khalid Samad membuat tawaran agar kesemua tanah di Kampung Bharu dibeli oleh kerajaan untuk dibangunkan pada 2019 lalu.

Tiga tahun lalu, Menteri Wilayah Persekutuan ketika itu, Haji Khalid Samad telah mengumpulkan hampir kesemua pemilik tanah di situ bagi membincangkan masa depan dan hala tuju pembangunan Kampung Bharu.

Di majlis itu, Khalid telah membuat tawaran untuk membeli kesemua tanah di situ untuk dibangunkan, namun belum sempat gagasan itu dilaksanakan, kerajaan Pakatan Harapan telah jatuh selepas 22 bulan mentadbir negara.

Penduduk ditawarkan agar menjual tanah mereka kepada kerajaan dengan harga RM850 sekaki persegi secara tunai dan RM150 lagi dalam bentuk saham dalam syarikat pemaju tanah itu nanti.

Ia adalah tawaran terbaik pernah dibuat oleh mana-mana pihak termasuk kerajaan sebelum ini.

Sebelum kerajaan PH jatuh,  daripada 1,716 atau 32 peratus yang memberikan maklum balas itu, 93.7 daripadanya telah bersetuju, 6.2 peratus tidak setuju dan 0.1 peratus lagi tidak jelas, kata Khalid dalam satu sidang media sebelum itu.

Hari ini pemilik tanah Kampung Bharu berkumpul lagi bagi membincangkan nasib masa depan mereka selepas kerajaan bertukar kembali.

Sumber: Harapan Daily

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Seri Annuar Musa

Menurut Annuar lagi, PKB perlu menghantar penilaian yang dibuat kepadanya pada 30 Jun ini sebelum dimaklumkan kepada jemaah menteri untuk tindakan selanjutnya.

Ujarnya, sekiranya ada perkara yang tidak dapat diputus untuk diteruskan ia akan dibawa berunding dengan penduduk Kampung Baru bagi mendapatkan penyelesaian alternatif.

“Saya sedang buat tinjauan tentang beberapa alternatif, yang pasti kita mahu Kampung Baru tetap maju dan keutamaan saya ia dimajukan dengan pemilikan kekal berada di tangan orang Melayu.

“Jadi usaha iktiar majukan kampung baru akan diteruskan, kaedah perlu dimuktamadkan,” tambahnya.

Sumber: MalaysiaGazette