Aktiviti Terkini: Kunjungan Hormat Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) Ke Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) telah diketuai oleh YBrs. Tuan Haji Ameer Ali Bin Vali Mohamed, Ketua Pegawai Eksekutif / Ketua Pengarah, YaPEIM.

Delegasi YaPEIM telah disambut oleh YBrs. Dr. Amir Raslan bin Abu Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif, PKB, YBrs Encik Shahrul Ezad bin Samsudin, Pengarah (Pengurusan & Komunikasi Korporat) serta pegawai PKB.

Alhamdulillah, pelbagai perbincangan dan rancangan strategik telah dibincangkan untuk YaPEIM bersama-sama PKB terlibat secara langsung dalam pembangunan di Kampong Bharu.

Terima kasih delegasi YaPEIM di atas kunjungan hormat dan perbincangan strategik bersama PKB.

#KampongBharu
#KLBandarUntukSemua
#OurCityOurHome
#MalaysiaMadani