Aktiviti Terkini: 𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐀𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐔𝐃𝐔𝐊 𝐏𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐏𝐔𝐑𝐈 𝟏𝟕 𝐓𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐊𝐀𝐌𝐏𝐎𝐍𝐆 𝐁𝐇𝐀𝐑𝐔 𝐊𝐄 𝐏𝐄𝐑𝐁𝐀𝐃𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐌𝐏𝐎𝐍𝐆 𝐁𝐇𝐀𝐑𝐔

Kunjungan Hormat Persatuan Penduduk Pangsapuri 17 Tingkat Kampong Bharu Ke Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) telah diketuai oleh Tuan Haji Mohd Zakaria bin Maidu, Pengerusi Persatuan Penduduk, YBhg. Datuk Hjh Mar binti Hi Daing Matrok, Encik Mohd Haniff bin Bahari, Pengerusi Rukun Tetangga dan tiga (3) AJK persatuan.
Delegasi Persatuan Penduduk Pangsapuri 17 Tingkat Kampong Bharu telah disambut oleh YBrs. Dr. Amir Raslan bin Abu Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif, PKB, YBrs Encik Shahrul Ezad bin Samsudin, Pengarah (Pengurusan & Komunikasi Korporat), YBrs. Dr. Khairul Nizam bin Othman, Pengarah (Perancangan Pembangunan & Ekonomi) serta pegawai PKB.
Alhamdulillah, pelbagai perbincangan dan perkongsian telah dibincangkan bersama-sama PKB berkenaan isu dan permasalahan sekitar Pangsapauri 17 Tingkat dan Kampong Bharu.
Terima kasih delegasi Persatuan Penduduk Pangsapuri 17 Tingkat Kampong Bharu di atas kunjungan hormat dan perbincangan bersama PKB.