ππππ ππππππππ πππ πππππππ πππππ πππππ ππππππππ πππππππ πππππππ πππππππππππ ππ ππππππππππ πππππππππππ πππππππ πππππ
Aktiviti Terkini:
YBhg. Datoβ Indera Noridah binti Abdul Rahim, Ketua Pengarah, Jabatan Wilayah Persekutuan telah hadir ke Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) bagi lawatan tapak projek di sekitar Kampong Bharu. YBrs. Dr. Amir Raslan bin Abu Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif, bersama pegawai-pegawai PKB telah menyambut ketibaan YBhg. Datoβ Indera Ketua Pengarah bersama pegawai-pegawai kanan JWP di hadapan pejabat PKB.
Sesi taklimat projek-projek di Kampong Bharu telah disampaikan oleh YBrs. Dr. Amir Raslan bin Abu Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif PKB kepada YBhg. Datoβ Indera Noridah binti Abdul Rahim, Ketua Pengarah dan pegawai-pegawai kanan JWP. Turut hadir mengiringi Ketua Pengarah JWP, YBhg. Dato Parang Abai @Thomas, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan dan Sosio Ekonomi), YBrs. Encik Ramlee bin Yatim, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Pembangunan), YBrs. Encik Wan Ashbi @ W Maheran Bin Leman, Pengarah Bahagian Perbandaran dan Khidmat Teknikal dan pegawai JWP.
Lawatan tapak telah dimulakan dengan laluan projek Perkongsian Ruang Jalan Raja Muda Musa, Pintasan Saloma, Projek Pembangunan Semula Sungai Baru, Projek Pembongkaran dan Penutupan Semula Terowong Lencongan Banjir di Kampung Pindah, Cadangan Projek Dataran Kampong Bharu, Kampung Periuk dan Flat PKNS Jalan Tun Razak.
PKB mengucapkan jutaan terima kasih di atas kesudian YBhg. Datoβ Indera Noridah binti Abdul Rahim, Ketua Pengarah bersama pegawai-pegawai kanan JWP kerana sudi hadir ke PKB dan Kampong Bharu. Terima kasih juga kepada JWP di atas komitmen untuk memberikan sokongan dan membantu menjayakan pembangunan semula Kampong Bharu.
#KampongBharu
#KLBandarUntukSemua
#OurCityOurHome
#MalaysiaMadani

Bahasa Melayu
English



