PM arah jangan tangguh lagi projek Kampung Sungai Baru

PM arah jangan tangguh lagi projek Kampung Sungai Baru

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan supaya projek pembangunan semula kawasan di Kampung Sungai Baru, di sini, tidak ditangguhkan lagi selepas ia sudah tertangguh sejak enam tahun lalu.

Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani mengesahkan perkara berkenaan berkata, pihaknya dimaklumkan perkara itu pada bulan lalu menerusi Pejabat Perdana Menteri (PMO).

“PMO sebelum ini sudah memberikan penangguhan sehingga 31 Oktober 2023. Sekarang Oktober sudah habis, masuk November dan tiada lagi penangguhan. Pemaju kena selesaikan.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri kerana beliau bersetuju bahawa tidak ada lagi extension,” katanya ketika sidang media selepas merasmikan Majlis Penyampaian Sumbangan Deepavali kepada masyarakat India di Parlimen Titiwangsa, hari ini.

Mengulas lanjut, Johari berkata, pembangunan di kawasan itu tergendala susulan terdapat lima peratus pemilik pangsapuri belum berpindah, manakala 95 peratus sudah berpindah dan menunggu rumah baharu daripada pemaju.

“Difahamkan, lima peratus pemilik yang tidak bersetuju kini sedang menyelesaikan isu berhubung pampasan di mahkamah.

“Sekarang ini isu dia ialah pemaju telah salah dalam membangunkan semula projek ini. Dia (pemaju) suruh semua orang pindah walaupun dia tidak dapat kelulusan 100 peratus dia sepatutnya tunggu dulu tapi dia dah pindahkan orang pada ketika itu. Kalau boleh kita nak pemaju berkenaan siapkan segera projek terbabit.

“Kalau pergi tempat itu sekarang ini dia dah jadi sarang penagih dadah, kemudian dia banyak tikus, wayar, besi itu sebab saya cakap kita kena ada pemaju yang mempunyai sikap tanggungjawab,” katanya.

Februari lalu, penduduk Kampung Sungai Baru menyerahkan memorandum supaya kerajaan membatalkan penangguhan projek pembangunan kawasan itu seperti diumumkan Perdana Menteri.

Majoriti penduduk mahu pembangunan semula kawasan itu yang tertangguh sejak enam tahun lalu diteruskan.

Isu pengambilan tanah Kampung Sungai Baru membabitkan 67 unit rumah teres dan 14 blok pangsapuri dikenali sebagai Pangsapuri Sungai Baru dengan proses pengambilan tanah bermula sejak 2016.

Sesetengah penduduk terutama penghuni rumah teres tidak bersetuju dengan kadar pampasan RM400 kaki persegi ditetapkan Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PTGWKL).

Sumber: Berita Harian

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Seri Annuar Musa

Menurut Annuar lagi, PKB perlu menghantar penilaian yang dibuat kepadanya pada 30 Jun ini sebelum dimaklumkan kepada jemaah menteri untuk tindakan selanjutnya.

Ujarnya, sekiranya ada perkara yang tidak dapat diputus untuk diteruskan ia akan dibawa berunding dengan penduduk Kampung Baru bagi mendapatkan penyelesaian alternatif.

“Saya sedang buat tinjauan tentang beberapa alternatif, yang pasti kita mahu Kampung Baru tetap maju dan keutamaan saya ia dimajukan dengan pemilikan kekal berada di tangan orang Melayu.

“Jadi usaha iktiar majukan kampung baru akan diteruskan, kaedah perlu dimuktamadkan,” tambahnya.

Sumber: MalaysiaGazette