Aktiviti Terkini: 𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐓𝐔𝐀 𝐏𝐄𝐆𝐀𝐖𝐀𝐈 𝐄𝐊𝐒𝐄𝐊𝐔𝐓𝐈𝐅 𝐏𝐊𝐁 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐃𝐀𝐓𝐔𝐊 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐊𝐔𝐀𝐋𝐀 𝐋𝐔𝐌𝐏𝐔𝐑

YBrs. Dr Amir Raslan bin Abu Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif, PKB telah mengadakan kunjungan hormat kepada YBhg. Datuk Sr Hj. Kamarulzaman bin Mat Saleh, Datuk Bandar Kuala Lumpur dan YBhg. Datuk Haji Zulkurnain bin Hassan Pengarah Eksekutif Perancangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Turut mengiringi Ketua Pegawai Eksekutif, PKB, Encik Shahrul Ezad bin Samsudin, Pengarah (Pengurusan & Komunikasi Korporat), Dr. Khairul Nizam bin Othman, Pengarah (Perancangan Pembangunan dan Ekonomi),serta pegawai PKB.
Sesi kunjungan hormat ini adalah bertujuan untuk mengeratkan lagi kerjasama yang sedia ada antara DBKL dan PKB dalam pembangunan semula Kampong Bharu.