𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐍𝐃𝐄𝐑𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐅𝐋𝐀𝐆 𝐎𝐅𝐅 𝐊𝐎𝐍𝐓𝐈𝐍𝐉𝐄𝐍 𝐊𝐑𝐏𝐊𝐁 𝐊𝐄 𝐊𝐄𝐉𝐎𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐈𝐍𝐓𝐄𝐆𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐌𝐀𝐊𝐒𝐖𝐈𝐏 𝟐𝟎𝟐𝟑
Aktiviti Terkini: 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐍𝐃𝐄𝐑𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐅𝐋𝐀𝐆 𝐎𝐅𝐅 𝐊𝐎𝐍𝐓𝐈𝐍𝐉𝐄𝐍 𝐊𝐑𝐏𝐊𝐁 𝐊𝐄 𝐊𝐄𝐉𝐎𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐈𝐍𝐓𝐄𝐆𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐌𝐀𝐊𝐒𝐖𝐈𝐏 𝟐𝟎𝟐𝟑
YBrs. Encik Shahrul Ezad bin Samsudin, Pengarah (Pengurusan & Komunikasi Korporat) PKB mewakili Ketua Pegawai Eksekutif PKB telah hadir ke Majlis Penyerahan Bendera dan Sesi Flag Off Kontinjen Kelab Rekreasi Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (KRPKB) Ke Kejohanan Sukan Integrasi MAKSWIP Tahun 2023.
Buat julung kalinya ahli KRPKB terdiri daripada warga kakitangan PKB telah dipilih bagi mewakili KRPKB dalam acara Bola Sepak, Bola Jaring dan Bola Tampar Pantai.
Sesi flag off bersama kontijen KRPKB telah diadakan pagi ini bagi membakar semangat para pemain. Kejohanan ini akan bermula pada 1 – 3 Disember 2023 bertempat di Kangar, Perlis.
Turut hadir ke majlis penyerahan bendera dan sesi flag off kontinjen KRPKB YBrs. Dr. Khairul Nizam bin Othman, Pengarah (Perancangan Pembangunan dan Ekonomi), PKB merangkap Ketua Kontijen KRPKB, En. Faiz Fahmi bin Hashim, Pengerusi KRPKB, Pengurus Pasukan, para pemain dan warga kerja PKB.
Semoga semua pemain dapat bermain dengan penuh semangat bagi memberikan saingan yang sengit kepada semua pasukan yang bertanding dan dipermudahkan segala urusan.

Bahasa Melayu
English



