Aktiviti Terkini: ๐Œ๐ˆ๐๐ˆ ๐…๐„๐’๐“๐ˆ๐•๐€๐‹ ๐Œ๐€๐Š๐€๐๐€๐ ๐ƒ๐€๐ ๐Š๐„๐’๐„๐๐ˆ๐€๐ ๐Š๐€๐Œ๐๐Ž๐๐† ๐๐‡๐€๐‘๐” ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ’

Program Mini Festival Makanan dan Kesenian Kampong Bharu Tahun 2024 telah berlangsung di Plaza Kampong Bharu @ Pintasan Saloma dan dirasmikan oleh YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan). YB Dr. Zaliha Mustafa diiringi YBhg. Dr. Amir Raslan bin Abu Bakar, Ketua Pegawai Ekesekutif, Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB), YBhg. Datuk Sr Hj Kamarulzaman bin Mat Salleh, Datuk Bandar Kuala Lumpur dan Encik Ramlee bin Yatim, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan & Pembangunan, Jabatan Wilayah Persekutuan serta YBhg. Tuan Haji Abdul Rahman bin Siraj, Pengarah Eksekutif, Yayasan Wilayah Persekutuan.
Turut hadir bersama Ketua Pegawai Eksekutif, PKB, Encik Shahrul Ezad bin Samsudin, Pengarah (Pengurusan & Komunikasi Korporat), Dr. Khairul Nizam bin Othman, Pengarah (Perancangan Pembangunan dan Ekonomi), warga PKB, warga penduduk Kampong Bharu dan tetamu-tetamu jemputan.
Program Mini Festival Makanan dan Kesenian Kampong Bharu diadakan adalah sempena Program 50 Tahun dan Sambutan Hari Wilayah. Program ini bertujuan untuk memperkenalkan keunikan budaya serta kekayaan warisan seni budaya kepada masyarakat umum.