𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐒𝐔𝐁𝐉𝐄𝐊 𝐓𝐎𝐔𝐑𝐈𝐒𝐌 𝐅𝐈𝐄𝐋𝐃𝐖𝐎𝐑𝐊 (𝐄𝐅𝐁 𝟑𝟎𝟐𝟎𝟑) 𝐔𝐍𝐈𝐕𝐄𝐑𝐒𝐈𝐓𝐈 𝐊𝐔𝐀𝐋𝐀 𝐋𝐔𝐌𝐏𝐔𝐑 (𝐔𝐍𝐈𝐊𝐋) 𝐊𝐄 𝐑𝐔𝐌𝐀𝐇 𝐖𝐀𝐑𝐈𝐒𝐀𝐍, 𝐊𝐀𝐌𝐏𝐎𝐍𝐆 𝐁𝐇𝐀𝐑𝐔
Aktiviti Terkini:𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐒𝐔𝐁𝐉𝐄𝐊 𝐓𝐎𝐔𝐑𝐈𝐒𝐌 𝐅𝐈𝐄𝐋𝐃𝐖𝐎𝐑𝐊 (𝐄𝐅𝐁 𝟑𝟎𝟐𝟎𝟑) 𝐔𝐍𝐈𝐕𝐄𝐑𝐒𝐈𝐓𝐈 𝐊𝐔𝐀𝐋𝐀 𝐋𝐔𝐌𝐏𝐔𝐑 (𝐔𝐍𝐈𝐊𝐋) 𝐊𝐄 𝐑𝐔𝐌𝐀𝐇 𝐖𝐀𝐑𝐈𝐒𝐀𝐍, 𝐊𝐀𝐌𝐏𝐎𝐍𝐆 𝐁𝐇𝐀𝐑𝐔
Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) telah menerima lawatan dan taklimat dari kelas Tourism Fieldwork (AFB 30203) berkaitan panduan kerja lapangan yang dilakukan sewaktu lawatan ke lapangan.
Sesi taklimat tersebut telah disampaikan oleh Puan Nurli Darni binti Musleh, Ketua Penolong Pengarah (Perancang Bandar Dan Desa) berkenaan teknik kerja lapangan kepada pelajar dari tahun akhir yang menduduki program Sarjana Muda Perancangan dan Pembangunan Pelancongan. Sesi taklimat ini telah diadakan di salah satu rumah warisan iaitu Rumah Biru Kampong Bharu, Jalan Salleh, Kampong Bharu.
Semoga perkongsian ilmu ini dapat membantu kajian pelajar-pelajar serta dapat menambahkan ilmu pengetahuan dalam pembelajaran. Pihak PKB juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pemilik Rumah Biru kerana menerima lawatan dari pihak kami.