Aktiviti Terkini:Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) mengalu-alukan kehadiran YB Dato’ Seri Dr. Shahidan Kassim, Menteri Wilayah Persekutuan dan YB Datuk Seri Jalaluddin Alias, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan sempena Lawatan Rasmi ke PKB pada 7/9/2021.

Turut hadir YBhg. Datuk Seri Hajah Rosida Binti Jaafar, Ketua Setiausaha, Kementerian Wilayah Persekutuan, YBhg. Datuk Affendi Zahari, Pengerusi, Anggota PKB, YBhg. Datuk Astaman Bin Abd Aziz Pengerusi, Anggota Majlis Penasihat PKB dan YBhg. Datuk TPr. Haji Lokman Haji Omar Ketua Pegawai Eksekutif, PKB.
Ini merupakan lawatan rasmi pertama YB Menteri ke YB Timbalan Menteri ke PKB. PKB yakin dan percaya, kepimpinan baru YB Menteri dan Timbalan Menteri yang baru di Kementerian Wilayah Persekutuan, akan terus memberikan sinar kepada penduduk di Kampong Bharu dan PKB pada masa hadapan.