PENCAHAYAAN BENDERA UZBEKISTAN DI PINTASAN SALOMA

1 September 2021 | Kenyataan Media

KUALA LUMPUR, Rabu, 1 September 2021 – Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) telah menetapkan tema pencahayaan Pintasan Saloma dengan warna bendera Uzbekistan iaitu warna biru muda, putih, hijau, dan warna merah yang halus sempena memperingati ulang tahun kemerdekaan ke-30 negara Uzbekistan pada hari ini. Pencahayaan bendera Malaysia juga dipaparkan selepas setiap sepuluh minit bendera Uzbekistan sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) sehingga 16 September 2021. Pencahayaan bermula jam 7.00 malam sehingga 12.00 tengah malam.

Pencahayan bendera Uzbekistan telah memberikan impak baru dalam mempromosikan lagi jambatan ikonik Pintasan Saloma ke peringkat dunia. Disamping itu, dapat memperkukuhkan persahabatan dan persefahaman antara dua negara iaitu Malaysia dan Uzbekistan.

Kini Pintasan Saloma bukan lagi menjadi “Ikonik Pelancongan Baru” dan lokasi “landmark” pencahayaan kempen hari-hari di Malaysia dan sedunia, malahan menjadi medium mempromosikan hari kemerdekaan sesebuah negara dan menjadi penyatuan negara Malaysia dengan negara luar.

###

Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB)

1 September 2021